24 November 2008

Sewa tinggi, CADS perlu premis baru

SINAR HARIAN (KHamis 14 Ogos 2008)

Syairi Shaari

KUALA LUMPUR - Meskipun negara sedang memacu ekonomi 1 politik dan sosial, tetapi masih ada yang terlepas pandang terhadap pendidikan kanak-kanak istimewa yang diibaratkan terpinggir jika dibandingkan dengan murid sekolah normal lain. Begitulab keadaannya apabila Pusat Pembangunan Potensi (CADS) yang dituhubkan pada 2003 oleh pcrtubuhan bukan kerajaan NGO) melalui sekumpulan ibu bapa, ahli akademik dan individu yang prihatin dcngan kanak-kanak bermasalah pembelajaran herhadapan masalah mencari premis lain setelah menempuhi kos sewaan yang tinggi. Prcsidennya, Datin Salmiah Abdul Khan berkata, pusat ini pcrlu bcrpindah pada hujung bulan ini atas sebab tertentu dan tidak berupaya untuk menampung kos sewaan yang dinaikkan mencecah RM20,000 sebulan, sedangkan kos operasi pusat ini adalah RM25,000 sebulan.

Tambahnya, keadaan sekarang amat kritikal bagi kakitangan dan kanak-kanak di sini kerana mereka memerlukan prcmis untuk sementara waktu sehelum dipindahkan ke lokasi yang sesuai. “Kami berharap jika tcrdapat mana-mana badan korpont atau individu yang sudi mcnghulurkan bantuan atas kesulitan yang kami hadapi sekarang ini kerana kanak-kaaak istimewa ini memerlukan pembelajaran berterusan dan tidak seperti murid normal yang lain.

“Baru-baru ini, pihak kerajaan ada menyumbangkan sebuah premis di Jalan Ledang untuk kami, tetapi dalam ternpoh tersebut, banyak wang diperlukan untuk melakukan pcngubahsuaian, terutamanya penyediaan dan peralatan pendidikan kanak-kanak istimewa ini,”jelasnya.
Ini katanya, inungkin mengambil masa berbulan-bulan rnenyiapkan premis tersebut, Tctapi dalam ternpoh berkenaan juga, pihaknya memerlukan premis scmcntara bagi meneruskan persekolahan kanak-kanak ini.
“Pibak kami amat inengalu-alukan kepada mana-mana individu atau badan yang memptmyai banglo kosong atau preinis yang sesuai dapat menghulurkan bantuan sekuning-kurangnya menumpangkan kanak-kanak istimewa ini buat scmentara waktu,” katanya.
Dalam pada itu, Salmiah yang hampir empat tahun terlibat mengendalikan pusat ini meinheritahu, sejak awal penubuhan sehingga ke hari ini, pusat berkenaan masih mampu meneruskan khidmat meskipun dengan sumber kewangan yang terhad tanpa dibiayai oleh mana-nana agensi.

“Pusat Perkembangan CADS ini mula heroperasi penuh pada 2004 khusus untuk menempatkan kanak-kanak yang menghidap ‘celebral palsy’, hiperaktif, sindrom Down dan disleksia.

“Misi pusat ini adalab untuk mendidik dan menyediakan kanak-kanak CADS ke arah menjadi individu yang berdikari, hertanggungjawab dan menghargai proscs pendidikan untuk sepanjang hayat,” jelasnya.
Menurutnya, kanak-kanak ini inempunyai masalah pembelajaran yang memerlukan lebih perhatian berbanding kanak-kanak biasa.
‘Sekali imbas, wajah mereka normal. Malah mereka boleh bertutur, mendengar, memahami dan cukup sifat, namun di sebalik itu ada kekurangannya yang harus diberi sokongan dan bantuan,

“Justeru kami memohon pihak yang pnihatin supaya menghulurkan sumbangan demi masa depan kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran agar mereka dapat meneruskan peluang persekolahan yang terbaik,” katanya. Bagi sesiapa yang ingin mendapatkan maklumat lengkap atau menghulurkan sumbangan untuk Pusat Perkembangan CADS ini boIeh hubungi Salmiah di talian 012-2131548, 012-3052495 (Arbaiyah) atau datang ke No 5, Lorong San Ah Wing, Ot’f Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

No comments: