10 September 2008

CADS Terima RM120 ribu Wang Baitulmal



Dr. Muhammad Yamin menyerahkan cek bernilai RM120 ribu kepada Datin Hajah Salmiah Ahmad Khan.


Oleh Nuur Fahmi Massailan

KUALA LUMPUR, 9 April 2008 – Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) memberi sumbangan sebanyak RM120,000 kepada Persatuan Pusat Pembangunan Potensi (CADS) dalam satu majlis ringkas di pejabat Baitulmal, tingkat 2, Bangunan Daruzzakah, Kuala Lumpur di sini hari ini.

Cek berkenaan diserahkan Pengurus Bahagian Baitulmal MAIWP, Dr. Muhammad Yamin Ismail kepada Presiden CADS, Datin Hajah Salmiah Ahmad Khan.

Pertubuhan CADS bertujuan untuk membantu dan membangunkan potensi anak-anak istimewa dari golongan cerebral palsy, autism, attention deficit hyperactivity disorder, down syndrom dan slow learners. Untuk mencapai tujuan ini, pertubuhan ini merangka dan melaksanakan program pembangunan individu secara menyeluruh dan barganding bahu dengan pakar pembangunan kanak-kanak bagi membantu dan membangunkan potensi kanak-kanak istimewa.

Dr Muhammad Yamin Ismail dalam ucapannya berkata, tujuan sumbangan itu adalah untuk memberikan kanak-kanak CADS peluang yang sama seperti anggota masyarakat yang lain untuk mereka berkembang dan mencapai potensi yang maksimum.

"Ini adalah tanda keprihatinan Baitulmal MAIWP kepada golongan ini agar mereka kelak membesar dan menjadi ahli masyarakat yang produktif dan disegani," katanya.

No comments: